Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

SEJARAH YEE SANG

Yusheng ,  yee sang  atau  yuu sahng  ( Cina Ringkas :  鱼生 ;  pinyin : yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya  salmon ), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. Dewi Cina  Nǚwō Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti  Chaozhou  dan Shantou  kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song .   Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai  Nǚwō  ( 女娲 ) mencipta manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama  tahun baru . Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini.  Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam ja

TARIAN SINGA

Apa itu tarian singa? Tarian singa ( bahasa cina : pinyin ; wǔshī ) ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. Sejarah Tarian Singa. Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berlainan. Namun, tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang

PAKAIAN TRADISI ORANG CINA

                                                            SAMFOO Samfoo  membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.  Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. HANFU Hanfu, demikian sebutan untuk busana adat tradisional China, semasa beberapa Dinasti, iaitu Dinasti Tang (618-907), Song (960-1279

HIDANGAN TAHUN BARU

HIDANGAN TAHUN BARU JAMUAN PERTEMUAN SEMULA Jamuan pertemuan diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua. Jamuan ini amat kaya dengan makanan yang lazimnya merangkumi daging  ayam  dan  ikan . Ikan  sebagai makanan penting, tidak dimakan sampai habis (sebaliknya, bakinya disimpan semalaman), bak pepatah Cina, yang bermakna "semoga ada lebihnya setiap tahun", yang sama bunyinya dengan "semoga ada ikan setiap tahun. Intisari makanan Nama Huraian Luohan zhai Luohan zhai  ialah hidangan  vegetarian  yang biasanya merangkumi 18 bahan, sering disaji pada hari pertama Tahun Baru. Sejenis  lumut  berbentuk rambut manusia, disebut " fat choy " dalam  bahasa Kantonis  sering menjadi ciri-ciri utama hidangan Buddha dan sajian lain, kerana namanya sama bun

Maksud Tahun Baru Cina

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat tarikh  perayaan di bawah.) Haiwan Dahan bumi Tarikh Tikus 子  zǐ 19 Februari   1996 7 Februari   2008 Lembu 丑  chǒu 7 Februari   1997 26 Januari   2009 Harimau 寅  yín 28 Januari   1998 14 Februari   2010 Arnab 卯  mǎo 16 Februari   1999 3 Februari   2011 Naga 辰  chén 5 Februari   2000 23 Januari   2012 Ular 巳  sì 24 Januari   2001 10 Februari   2013 Kuda 午  wǔ 12 Februari   2002 31 Januari   2014 Kambing 未  wèi 1 Februari   2003 19 Februari   2015 Monyet 申  shēn 22 Januari   2004 8 Februari   2016 Ayam 酉  yǒu 9 Februari   2005 28 Jan