Skip to main content

Maksud Tahun Baru Cina



Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat tarikh  perayaan di bawah.)


Haiwan
Tarikh
 zǐ
 chǒu
 yín
 mǎo
 chén
 sì
 wǔ
 wèi
 shēn
 yǒu
 xū
 hài
5 Februari 2019
     
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum  hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau diabayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulaanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang.Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki,bunga dan pokok limau.



Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej,kuih pulut,dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan,dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan peryaan Chap Goh Mei.




Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah- wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina,seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia,Filipina, Singapura, Taiwan, Tailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia, Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina),termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar),Vietnam(Tết),dan Jepun hingga 1873(Oshogatsu).




Comments

Popular posts from this blog

PAKAIAN TRADISI ORANG CINA

                                                            SAMFOO Samfoo  membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.  Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. HANFU Hanfu, demikian sebutan untuk busana adat tradisional China, semasa beberapa Dinasti, iaitu Dinasti Tang (618-907), Song (960-1279

TARIAN SINGA

Apa itu tarian singa? Tarian singa ( bahasa cina : pinyin ; wǔshī ) ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah. Sejarah Tarian Singa. Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berlainan. Namun, tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang

SEJARAH YEE SANG

Yusheng ,  yee sang  atau  yuu sahng  ( Cina Ringkas :  鱼生 ;  pinyin : yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya  salmon ), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. Dewi Cina  Nǚwō Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti  Chaozhou  dan Shantou  kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song .   Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai  Nǚwō  ( 女娲 ) mencipta manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama  tahun baru . Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini.  Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam ja