Skip to main content

TARIAN SINGA


Apa itu tarian singa?

Tarian singa ( bahasa cina : pinyin ; wǔshī ) ialah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua orang penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.



Sejarah Tarian Singa.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Jepun, Korea, Thailand, Malaysia dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berlainan. Namun, tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".

     Tarian Singa Utara berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa tersebut menggunakan warna merah dan jingga. ( Hijau dan kuning bagi kostum singa yang betina ). Tarian Singa Utara ini mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan.

     Tarian Singa Selatan menjadi lambang yang mempunyai ciri-ciri yang berkaitan dengan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersebahkan sebagai upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna. Kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. Mata singa itu pula berwarna hitam bersama-sama warna putih atau merah bersama-sama putih. Hal ini bertujuan untuk menunjukkan sifat singa yang pemalu.


Disediakan oleh :

Nama : Nurul Afia Aleyna
Kelas : 5 Alamanda
Tajuk : Tarian Singa



Comments

  1. How to Make Money from gambling: 5 Simple Ways To Make Money
    When it comes to sports betting, the easiest way is to make money on a หาเงินออนไลน์ lottery ticket and make money on the slot machines. The second way is

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PAKAIAN TRADISI ORANG CINA

                                                            SAMFOO Samfoo  membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.  Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. HANFU Hanfu, demikian sebutan untuk busana adat tradisional China, semasa beberapa Dinasti, iaitu Dinasti Tang (618-907), Song (960-1279

SEJARAH YEE SANG

Yusheng ,  yee sang  atau  yuu sahng  ( Cina Ringkas :  鱼生 ;  pinyin : yúshēng) ialah sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou. Yee sang biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya  salmon ), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos dan perasa, dan ramuan-ramuan lain. secara harifah, "yusheng" diterjemah menjadi "ikan mentah", namun boleh dianggap melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan. Dewi Cina  Nǚwō Hidangan ini direka di kawasan pantai selatan Cina seperti  Chaozhou  dan Shantou  kira-kira 1,500 tahun dahulu, ketika Dinasti Song .   Menurut lagenda, seorang dewi Cina yang dikenali sebagai  Nǚwō  ( 女娲 ) mencipta manusia daripada tanah dan lumpur pada hari ketujuh bulan pertama  tahun baru . Sejak itu, hari ini dikenali sebagai "Hari Lahir Manusia". Adalah dipercayai bahawa kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam amat menghormati mitos ini.  Pada masa kini, yusheng dihidangkan dalam ja